Ahad, 6 April 2014

PERHATIAN !!!


Sketch By Jorden Mendenhall
Kepada peminat setia ikan laga, admin memohon maaf bagi soalan-soalan anda yang tidak dijawab.Admin lebih suka kalau anda bertanya di facebook. Ianya lebih mudah dan admin tidak perlu skroll lama untuk menjawab pertanyaan anda. Admin juga agak sibuk kebelakangan ini, admin harap anda menggunakan facebook untuk berhubung dengan admin. Segala maklumat peribadi FB anda akan selamat, admin tidak dedahkan kepada sesiapa. Admin hanya memberi maklumat dan tips di blog ini. Harap Maklum.. Klik disini untuk Facebook ...

Ahad, 28 April 2013

Khasiat Daun Ketapang Untuk Ikan Laga

Pokok ketapang adalah sejenis tumbuhan yg tak asing lagi di Malaysia dan juga rendang kerana daunnya yang lebar. Pokok ketapang digunakan sebagai tempat berteduh oleh kebanyakan orang/petani kerana daunnya yang lebar. Nama botani bagi pokok ini adalah Millania Catappa. Setiap bahagian pokok ketapang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Daun Ketapang adalah bahagian yang paling berkhasiat kerana mengandungi asid Humin dan Tunnin yg boleh menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali. Daun ketapang yg muda dan tua mempunyai khasiat yg berlainan. Daun ketapang yg tua/kering adalah daun yg sesuai untuk ikan laga kerana air rendaman daun ini boleh merawat luka-luka pada ikan laga. Air rendaman daun ketapang tua/kering berwarna keemas-emas/gelap.
                  
                                               Daun Ketapang
Daun ketapang adalah ubat terbaik untuk ikan laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yg lebar dan besar. Daun ketapang juga digunakan secara meluas oleh penternak-penternak ikan laga. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk ikan laga malah daun ini juga digunakan oleh penternak-penternak ikan kelisa dan juga ikan-ikan hiasan kerana khasiatnya yg mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan serta mengurangkan nilai Ph/asid air.
                 
                                        Daun Ketapang Kering
Antara khasiat daun ketapang untuk ikan laga ialah
  1. Mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  2. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yg boleh mendatangkan penyakit kepada ikan laga
  3. Merawat luka-luka pada ikan laga
  4. Mencegah ikan laga dari terkena penyakit
  5. Mengoptimum kesihatan ikan laga
  6. Merangsang pembentukan buih oleh ikan laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi ikan laga ketika mengawan
  7. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga,zink,aluminium,kadmium) 
  8. Memastikan ikan laga sentiasa/kekal aktif dan sihat
  9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit
  10. Ikan akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap
  11. Pertumbuhan ekor yg cantik serta memulihkan sirip,ekor dan kulit yg rosak
  12. Mengurangkan stres/murung ikan laga
  13. Keadaan air yg nyaman dan selesa untuk ikan laga

Perhatian:
Penggunaan berlebihan sehingga nilai Ph air tidak stabil boleh membahayakan nyawa ikan. 

Cara Penggunaan:
  1. Ambil sekeping daun ketapang yg kering letakkan ke dalam bekas/akuarium 
  2. Untuk penggunaan yg sedikit daun tersebut boleh dipotong dan hanya memasukkan beberapa helai cukup sekadar untuk menukarkan warna air kepada kekuningan
  3. Boleh digunakan ketika ikan sakit/stres
  4. Juga boleh digunakan untuk ikan yg sihat supaya tercegah daripada terkena penyakit
  5. Ditukar 1-2 mggu sekali



Ahad, 10 Mac 2013

Cara buat microworm (UPDATED)

                       
Microworm adalah ulat yg bersaiz seni(kecil yang teramat) dan sesuai untuk anak ikan yang baru menetas dan memang cukup sesuai sebagai makanan pertama anak ikan laga. Walaupun namanya Microworm. Mereka bukan betul-betul cacing/ulat. Microworm adalah nematod. Sesetengah nematod adalah makanan terbaik untuk ikan dan sesetengah nematod lain adalah parasit yang boleh memburukkan kesihatan ikan. Sesetengah penternak ikan akan menghasilkan microworm sebagai makanan ikan mereka. Microworm makan makanan yang berkanji seperti Oatmeal,tepung dan seumpamanya. Jadi nematod nie memang dijamin selamat untuk ikan anda dan boleh dimasukkan kedalam akuarium tanpa menjejaskan kesihatan ikan anda.

Untuk buat microworm anda mesti ada microworm starter. Berminat ? Boleh mesej saya 017-9060591 (Is), murah, jimat dan Insyaallah cepat sampai, lai2...

 
  • Microworm Starter *xdok nie, nok mari celoh mno microworm nyor, uk aloh  
  • Bekas kecil *bebas bekas apa2 pon, asalkan berpenutup*
  • Oatmeal *Roti pon boleh*
  • Serbuk Yis *sebagai mknan utk microworm*
  • Sedikit air
  • Sedikit kapas atau yang seakan dengannya
Cara hasilkan microworm *utk saiz cawan plastik
  1. Campurkan 1 setengah sudu besar Oatmeal dengan dua sudu besar air ke dalam bekas dan gaul *Jgn terlalu cair ataupun terlalu keras...sedang2...
  2. Taburkan 1/5 sudu kecil yis dan campur dengan 1/5 sudu kecil Microworm Starter
  3. Gaulkan campuran tersebut 
  4. Tutup bekas tersebut supaya microworm tidak terkeluar. Tebuk sikit pada penutup tu *supaya campuran tuu sentiasa lembab
  5. Pada lubang yang ditebuk dimasukkan kapas supaya tidak dimasuki pendatang asing tanpa izin a.k.a lalat @ semut
  6. Lumur sedikit minyak pda sekeliling bks kalau microworm anda sedang diancam tentera semut
  7. Letak pada suhu bilik *ltk dlm peti sejuk klu nk mati
  8. Biarkan selama 4-5 hari. Selepas tempoh nie akan kelihatan microworm merayap disekeliling bekas.
  9. Anda akan syok sendiri, sbb microworm anda dh berbilion-bilion ekor...
Cara memberi microworm pada 'fry' anda
  • Boleh ambil dengan jari ataupun batang kecil ditepi bekas dimana microworm merayap dan dicelup ke dalam bekas ikan
  • Jangan terlalu banyak, microworm terperap lama tanpa dimakan akan mati dan mengotorkan air 
  • Ambil sikit, klu korang perhati betul2..sikit tu dh beratus-ratus ekor..
Perhatian
  • Untuk menghasilkan microworm lagi. Anda perlu ulangi dari awal hingga akhir 
  • Letakkan pada suhu bilik *pada suhu nie akan terhasil microworm. Microworm akan merayap keluar untuk melarikan diri dari haba nie.. >> tuu sbb pnuh pda sekeliling bkas
  • Suhu yang sejuk akan memperlambatkan proses penghasilan microworm
  • Microworm yang siap boleh diberi pada anak ikan *microworm nie bentuk putih kecil
  • Microworm boleh disimpan selama 3-4 minggu *simpan pada suhu bilik
  • Lubang yang dibiar akan dimasuk lalat buah *microworm admin stakat nie kegemaran semut, pnyelesaian lumur miyk skeliling bkas..beress
  • Jika nampak mencair kasi oatmeal @ roti
  • Jika sudah mula kering @ gelap, mula buat yang baru 
Kebaikan microworm
  • sesuai untuk semua jenis anak ikan kerana saiznya yang kecil
  • membantu pembesaran ikan
  • makanan hidup yang sesuai untuk anak ikan laga selepas jentik-jentik
  • mudah dihasilkan dan selamat untuk ikan
Fakta mengenai microworm
  • Asal microworm adalah dari dalam tanah *kategori nematod
  • Terdapat lebih 3000 nematod didunia , dn microworm stakat nie mnonjol sbgai mkanan fry
  • Hidup ditempat yang lembab
  • Mampu membiak 40 keturunan sehari !! *300 mcroworm baru stiap hari, tuu baru seekor betina..klu 1000 ekor betina..fuhhh bleh melabur nie..huh
  • Boleh bertahan selama 7-8 jam didalam air *ade smpai sehari, puyoo
  • Juga digunakan pada tumbuhan*ade lar baik die*
  • Protin yang tinggi 
Kenapa microworm ?
  • Saiznya yang kecil memang sesuai untuk anak ikan
  • Tinggi protin membantu membesar
  • Hidup lagi !!! mesti freshh
  • Banyak digunakan oleh penternak-penternak ikan kini
  • Microworm die mnari-nari skit bile msuh air, fry nmpk ngap truss
  • Jimat, boleh guna bila-bila..
  • Boleh biak utk bekalan seumur hdup, mudah dan jimat..
Mai2 order microworm starter rm5 sebekas 017-9060591


Khamis, 31 Januari 2013

CARA PENJAGAAN IKAN LAGA


1. PENYEDIAAN TEMPAT TINGGAL 

Ikan laga liar sebelum dieksploitasi menjadi ikan peliharaan asalnya tinggal di sawah yang luas, air yang keruh dan persekitaran yang cetek serta tidak panas. 

   
  • Untuk ikan korang, admin cadangkan guna akuarium besar pun ok, kalau kecil sekurang-kurangnya bersaiz 11x6. Alaa, standard orang-orang kita guna untuk letak ikan laga. Tapi itu kecil, kalau besar sikit lagi baik untuk kebebasan ikan korang menerokai dunia barunya.
  • Untuk akuarium yang besar, nak letak air pump penapis water heater pun boleh. Dengan tambah peralatan sekian, ikan boleh rasa seperti dikehidupan asalnya yang bersih,suam dan nyaman.
  • Pokok palsu juga boleh diletakkan bersama, ini untuk ikan bermain, sembunyi juga sebagai penyeri akuarium.
  • Tanaman hidup digalakkan, tanaman ini menyediakan oksigen dalam air serta memastikan akuarium bersih untuk tempoh yang lama. Tambah tanaman ini melambai-lambai lagi mampu menyejukkan hati orang yang tengah stres apabila melihatnya. Ciptaan Allah indah-indah belaka. 
  • Nak cantikkan lagi akuarium korang, pasir pun boleh diletakkan. Batu warna warni pun boleh. Tapi pastikan pasir atau batu dibersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan. *Alaa kreatif la skitt..
2. PENYEDIAAN AIR.

 Penting sekali air, melalui air datangnya penyakit,bakteria,bala kepada ikan korang. Antara air yang selamat digunakan untuk ikan laga.

  • Air paip yang diletak anti-klorin. Terlupa taruk yang ni, memang almarhum la ikan korang.
  • Air sungai, kalau rajin boleh la.
  • Air tapis.
  • Mana-mana air yang bebas klorin atau elemen berat seperti plumbum,besi dan seangkatan dengannya.

3. MAKANAN IKAN ANDA.

 Pertama sekali, ikan laga akan makan apa saja yang muat dengan mulutnya. Jenis pelet sesuai untuk ikan laga. Nak bagi cacing kering, cacing beku,jejentik juga boleh tapi tidak digalakkan. Sesetengah penyakit juga berpunca dari makanan-makanan ni.Kalau nak bagi seminggu 2-3 kali boleh la. Ikan laga juga jenis yang cerewet, seringlah bertukar-tukar jenis makanan tak pun jenama.

4. BERSIHKAN BEKAS IKAN ANDA.

 Ikan laga sukakan kebersihan. Kebersihan bawa bahagiaRajin-rajinkanlah diri anda untuk mencuci bekas ikan 2-3 kali seminggu kalau. Lekeh-lekeh pun 1-2 minggu pun jadi la, tapi kalau mati jangan salah admin pulak.
  • Kalau guna air paip, jangan lupa untuk taruk anti-klorin. Tak mahal pun, seringgit sebotol tahan sebulan atas saiz akuarium.
  • Pastikan juga air yang ditukar sama suhu dengan air lama, untuk mengelakkan perubahan suhu mengejut yang boleh untuk ikan laga korang.
  • Kalau guna pokok palsu, sekali pokok-pokok pun kena cuci.
  • Kalau yang akuarium besar, cuci ala-ala kadar pun tak da masalah.
5. BERMAIN DENGAN IKAN ANDA.

                          

 Kalau korang betul-betul menyukai ikan laga, pasti korang nak main dengan ikan juga. Cara nak main, angkat ikan lambung tinggi-tinggi. Aihh agak-agak la nak buat macam tu. Nak ikan mampus ke haper. Korang boleh bermain dengan tabur makanan satu persatu. Lama-kelamaan ikan akan mengikut jari korang. Kurangkan ketuk-ketuk, ikan pun terkejut juga. Main-main jari dengan akurium pun boleh, ikan ikut kalau dia kenal tuannya. Akhir sekali, namakan ikan korang. Asyik ikan-ikan, boring juga. Bagi la nama phoenix,tom,felixia ker..

Perlu beringat 

  • semasa nak bersih akuarium ikan, letakkan ikan pada air yang sama sebelum dimasukkan ke air baru.
  • pemindahan mesti dilakukan menggunakan jaring lembut, kalau yang kasar boleh jejas kecantikkan ekor ikan. Kurangkan guna tangan, tangan ada bakteria,parasit then pindah pada ikan. Mana la tahu, tu kena berjaga-jaga.
  • Tidak digalakkan guna pokok palsu yang tajam, ni pun boleh jejas ekor ikan.
Ini hanya pengetahuan tak seberapa dari admin, kalau ada lebih jangan malu jangan segan mesej admin kat facebook.

*gambar sumber dari google image

                 
 

Selasa, 15 Januari 2013

PENJAGAAN TELUR DAN ANAK IKAN


Anak ikan laga ketika masih dalam telur

Anak Ikan Laga 2-4 hari


Untuk makluman anda Induk Jantan akan makan telur yang sudah rosak. Telur yang sudah rosak perlu dialih kerana dikhuatiri telur-telur yang sihat akan rosak. Jadi tak payah arr risau kalau nampak bapak die makan telur. Bapak die buat tindakan yang betul untuk menyelamatkan telur-telur yang lain. 


Macam dalam gambar nie Induk jantan akan makan anak2 ikan yang macam nie..sbb dia sama kerana nak elak daripada dijangkiti oleh anak2 ikan yang lain.


Induk jantan selalunya tumpu pada telur2 ikan daripada buihnya. Induk nie akan tangkap anak2 ikan dengan mulut die. Buih yang jatuh sesetengah akan buat semula sesetengah tak buat dah. Ikan nie tak boleh buat 2 kerja dalam masa yang sama.


Bagi yang ingin membiak ikan laga. Disarankan supaya bekas/aquarium mengawan diletakkan di tempat yang cerah sikit. Bila ikan nie dah bertelur Induk jantan akan melakukan tugas dia menjaga telur. Kalau gelap keadaan nie akan menyukarkan tugas Induk jantan untuk melihat/mengalih/mengutip telur. Jadi disarankan supaya diletakkan tempat yang cerah. Dalam erti kata lain bagi lampu menyala klu malam k. Jangan bawah matahari trus mati x pasal errkk.


Akhir sekali, kalau nak bagi makan elok bagi selepas telur dah menetas. Bertujuan supaya induk nie x termakan telur2 yang sihat. Anak ikan ambil masa 2-3 hari untuk menetas. Dalam tempoh tu kta bagi ikan nie puasa dulu. Untuk kebaikan dia gak. Time nak bagi makan elok tabur kat tepi2 arr jangan bagi terkena sarang. Satu lagi klu nak tahu telur2 ikan nie rosak disebabkan kulat atau seumpanya yang melekat pada sekitar telur. Kula nie datang dari air yang x bersih.

Sabtu, 5 Januari 2013

Makluman !!! Facebook I-Kanlaga

Spe2 yg adaa Facebook boleh like page baru I-Kanlaga ..Info2..gmbar..dn tnya arr pe2..trus kt Facebook..k..Like n Share..Facebook page nie ditubuhkn khas untuk pncinta Ikan Laga....bg yg tidak mempunyai fb..boleh trus brsama kami di I-kanlaga.blogspot.com..untuk info pnuh boleh trus mlawat blog ni..k..cadangn per2 dari anda utk kemudahan anda dialu-alukn..jom rmai2 like...

Selasa, 11 Disember 2012

PERBEZAAN ANTARA IKAN LAGA JANTAN DAN BETINA


SAIZ
Ikan laga jantan selalunya saiz sdikit besar dari betina..dn betina sedikit kecil tubuhnya klu besar tuhh..biasa arr..obeseti larr kot..
EKOR
Jantan kebiasaannya ekornya lebih pnjang dan mgkin lebih bsar 3-4 kali ganda dari betina..dn betina dh confem arr ekor dia kecil..tpi adaa gk sesetengah tuhh pnjang..skit.
TELUR
Ikan betina akan menampakkan bijik putih2 diperutnya manakala jantan x derr..bijik2 putih2 tuu larr tlur dia
INSANG
Ikan jantan insang die kelihatan..betina tak..bila ikan nie mengembang insang jantan lebih besar dari insang betina 
SARANG BUIH
Hanya ikan laga jantan yang membuat sarang nihh…ikan laga betina..tak buat..

Tgok betul2... @_@