Dikuasakan oleh Blogger.

Halaman lain di pelaga blog

Jumaat, 9 November 2012

CARA UNTUK MEMASTIKAN IKAN DALAM KEADAAN SIHAT

Tumblr
Ikan sihat dan cantik adalah pilihan ramai, namun bukan semua dari kita dapat memastikan bahawa ikan belaan kita itu sihat .Entri kali ini akan tunjukkan sedikit sebanyak bagaimana untuk memastikan ikan laga anda sentiasa sihat dan cara untuk menghadapi apabila ikan anda mula menunjuk simptom simptom tidak sihat . Sebelum itu perlu diketahui keadaan ikan anda. Berikut perbezaan antara induk yang sihat dan yang tidak sihat.

PERBEZAAN IKAN YG SIHAT DAN IKAN YG TIDAK SIHAT

IKAN LAGA YG SIHATIKAN LAGA YG TIDAK SIHAT
Ikan yang aktif dan banyak bergerakMurung, kurang aktif dan berada pada dasar atau permukaan air kurang bergerak
Fizikal yang sihat dan normalFizikal tidak normal, bengkak yang melampau atau sisik yang terbuka
Kemahuan utk makan seperti biasaInduk yang kurus dan tiada kemahuan untuk makan
Kulit yg sihat, bersih dan berwarna terangKulit yg bertompok dan berwarna pudar

 

Perkara seperti yg berlaku pada ikan laga menunjukkan tanda-tanda awal kebiasaan ikan yang tidak sihat, perawatan awal adalah penting bagi mengelak penyakit semakin parah dan berjangkit pada bahagian lain.

Simptom ikan yang stress ataupun tanda awal penyakit kebanyakkannya berlaku ketika ikan dalam keadaan kurang aktif. Contohnya ikan yang banyak terperap pada dasar akuarium atau pun terapung pada permukaan tanpa pergerakan kecuali diketuk adalah ikan yang stress. Ikan yang stress perlu dirawat segera kerna khuatiri akan mendatangkan penyakit yang lain.


Kaedah yang admin selalu buat, ialah dengan melakukan 360 darjah cucian terhadap akuarium ikan dan segala aksesori termasuk tumbuhan, pasir dan batu. Ikan yang stress berpunca kepada air yang tercemar bawaan bakteria ataupun makanan yang terbiar. Caranya ialah

  1. sediakan satu bekas lain yang diisi air tidak terlalu tinggi supaya ikan mudah bernafas
  2. alih ikan kepada bekas tadi menggunakan jaring lembut 
  3. dalam bekas tersebut diletak sekeping daun ketapang dan dibiar sehingga air bertukar warna.
  4. ikan anda didedahkan kepada cahaya matahari dalam linkungan 15-20 minit. Pastikan ikan tidak direct kepada cahaya matahari, cukup sekadar letak ditepi tingkap untuk dapat cahaya 
  5. beri makan seperti biasa tapi dikurang kan. 5-6 pelet sahaja. makanan yang terbiar dialih keluar
  6. lakukan cucian terhadap segala aksesori dalam akuarium termasuk pasir dan batu-batu
  7. pastikan tiada sisa makanan terbiar tidak terlekat pada aksesori
  8. InshaAllah ikan anda akan beransur pulih dan mula aktif, ketika ini baru ikan anda boleh diletak dalam akuarium yang dicuci bersama aksesori.
  9. perawatan ini selalu berlaku untuk tempoh dalam 2-4 hari 
PERHATIAN : 
pastikan air yang diisi adalah air yang bebas klorin ataupun air paip yang sudah diletak ubat anti-klorin. Air yang berklorin boleh membunuh ikan. Ikan yang stress juga memberi kesan kepada warnanya, menyebabkan warnanya memudar dan pucat.

Jika fizikal ikan anda besar melampau, anda boleh menggunakan cara yang sama seperti diatas. Selalunya keadaan nie terjadi disebabkan oleh pemberian makanan yang banyak, makanan hidup yang tidak disaring terlebih dahulu. Adalah penting makanan hidup disaring terlebih dahulu seperti jentik-jentik kerana habitat jejentik tidak bersih untuk ikan laga. Makanan perlu dikurangkan, makanan hidup dihindari dulu. Boleh diberi apabila ikan sudah sihat. Risiko untuk ikan dalam keadaan ini selamat adalah tipis, tetapi dengan segala ikhtiar InsyaAllah ikan anda ok. Terdapat juga ubat titis yang boleh didapati di mana-mana kedai akuarium. Tetapi peluangnya untuk hidup tetap sama.

Antaranya juga ikan laga yang berenang terbalik. Penyakit ini dipanggil 'swim bladder disorder' iaitu kegagalan pada pundi berenang. Penyakit ini juga disebabkan oleh pemberian makanan yang berlebihan sehingga pundi ikan tidak dapat berfungsi dengan baik. Dalam keadaan ini ikan selalunya sembuh dengan sendiri. Tetapi adalah lebih baik makanan dikurang sementara sehingga sembuh. Beri makanan pada kadar yang sesuai dan jangan berlebihan.7-9 pelet sehari sudah cukup memadai.

Untuk ikan laga yang bertompok-tompok adalah disarankan untuk menggunakan garam akuarium. Keadaan ini disebabkan bakteria yang ada pada air hinggap pada badan ikan. Juga menyebabkan tompok-tompok kulat tumbuh yang menyebabkan ikan kegatalan. Garam amat disarankan, kerana tindak balas garam dapat membunuh bakteria. Anda boleh melakukan langkah yang sama diatas tetapi tidak dicampur daun ketapang dengan garam. Tindak balasnya berbeza, dan mungkin tiada hasil. Untuk permulaan ikan diletak dalam air bergaram sehingga gugur semua kulat dan tompok mengurang baru dialih kepada air yang diletak daun ketapang. Untuk satu liter air cukup separuh sudu besar garam akuarium. #jangan guna garam sebarangan, hanya garam akuarium sahaja diformulasi untuk ikan peliharaan.

Akhir sekali, unuk ikan anda kekal sihat dan aktif. Amalkan menggunakan dau ketapang. Khasiat daun  ketapang mampu memberi tenaga lebihan untuk ikan disamping menghindar dari segala penyakit.
Sekian dari entri admin yang tak seberapa ini. Sebarang cadangan atau pertambahan jangan segan untuk mesej admin di page facebook rasmi i-kanlaga. Terima kasih :D

#salam bahagia

51 ulasan:

  1. abang nk tanya nie kalau kita guna air tapis,perlukah kita masukkan anti klorin juga

    BalasPadam
  2. x perlu..sbb dlm prose penapisan air..klorin dh ditapis keluar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikan saya selalu berada kat permukaan air,mcm mne??

      Padam
  3. ikn sye ade luke sbab bru lpas lage camne cre nk cpat smboh

    BalasPadam
    Balasan
    1. sry..arr..klu..spa2..x phm post sya..tuhh..sbb saya taip trgesa-gesa...nk cpat sembuh..ltkkn daun ketapng...atau cri ubat-ubat titis utk ikan..stu lg.jgn laga2 nie..x baek...klu mgawan x perr...lg elok..wktu mgawan dh..ltak daun ketapang...

      Padam
    2. ok bos ,sye dengar orng tua kate ,pngalaman adalh sbaek2 guru ,dlm pngalaman sye awk lh guru sye sbb awk mmberi sye pngalaman

      Padam
    3. hahhah...ermmm,,oke,,tnya lerr..klu termusykil mna22 err...

      Padam
    4. air ikn sye koto, nk buang air pti tkut ank ikn tu terbuang skali

      Padam
    5. mdah arr..ambk paip mini..yg kcik2 clear tuu...sedut sma kotor2 yg terkumpul kt bwah tuu..bwat elok2 kang tersedut anak yerr plak..k

      Padam
    6. saya nk tnya sye punya ikan laga die selalu duduk kt bawah , tpi bile sye usik die die bergerak . die ad sakit ke

      Padam
  4. ikan saya sakit.. dia dah xnk makan n mcm nk mati.. knape ek? dah bagi mkn dah.. kulit dia pon ok je.. dia stress ke? risau.. saya x pandai sbb baru first time bela ikan.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ermm..x sihat..arr..tuu..cba tkar air..dgn air yg x berklorin..ltak skit ubat titis untuk ikan..ataupun daun ketapang..ltak jgak dkt tingkap..bg die kna cahaya skit...Insyaallah..pastu oke..arr

      Padam
  5. macam mna nk cuci akuarium yng penuh dengan anak ikan laga haha first time tengok anak ikan laga yang baru menetas saya x tahu nak buat mcm mna tlnglah yerr

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara cuci mdah arr..pkai paip mini yg clear2 tuu..paip yg camnie >>https://encrypted-tbn1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS9IBKG4h48he1OIkowqn-sZ7Jh-Nd4msEx6nZzOQdg3xYFLWM1<< ..dn sedut semua kotor2..jga2 jgn smpai tersedut anak ikan...k

      Padam
  6. sekor ikan laga jantan saya ni selalu brada di kwasan atas air..dia pon x brapa mahu mkan..tapi saya tgok smasa dy dok kt atas air..dy akan sedut udara..tu dy sdut nk buat buih ke atau kkurangan oksigen..haritu aktif la jugak..skarang mcm dh x aktif sngat..tu mknanya dy skit ke..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg ambk udara kt permukaan tuu mgkin kekurangn oksigen..cba ltak pokok hidup..err..pokok hidup nie mengokseeigen ktn selain memastikan air brsih..klu nk aktik balik..tkar air..ltak daun ketapang..dn bg kna matahari skit err..bru dia gersang k..

      Padam
  7. hi hason.

    Nak tanya, ikan (jantan) yang saya bela ini mula ekornya sangat lawa. saya pergi kedai beli batu hiasan untuknya. Lepas beberapa hari masukkan batu itu, kulitnya ade tompok2 putih. i bersihkan aquariumnya, buang batu itu dan masukkan 2 biji batu biru. Tapi ekornya macam dah koyak dan dia susah berenang melintang. i asyik tengok dia menegak aje. Dia makan. dia dah tua ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hye..yerr klu jdi camnie..mmg yerr skit sbb air..klu sakit bkan kna tkar air sja..yerr kna rwat ikan nie jgak..cba ltk daun ketapang..bg kna matahri skit..klu yerr tua..simptom2 yerr x derr bza pon..

      Padam
  8. slm hason..


    Nak tanye ni,,,kalau saye gunakan air paip lepas 2 saya letakkan klorin dlm air aquarium itu,,kene simpan air 2 brape lame???

    BalasPadam
    Balasan
    1. bg yerr lrut dlm 3-4 mnit..lps tuu..bleh ltk ikan..k

      Padam
  9. petua guna air paip: boleh juga gunakan air paip yg telah dibiarkan dalam sehari dua. cedok perlahan di bahagian atas.. contoh air kolah...

    BalasPadam
  10. titisan tu,yang ada warna tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aderr wrna koko glap..dn hjau x clap...

      Padam
  11. Knp kadang2 ikan tu makan pastu keluarkan balik? Dan buat bande yg same setiap hari..... Mmg macam tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. klu nmpk dia cba nk mkn..dia xperr err tuu...cma makanan tuu bleh diganti dgn makanan jnis/jnama laen..kadang2 ikan laga cerewet jga dlm hal pmakanan...

      2. klu nk bg dia tlan trus/mdah makan..ambl beberapa bji pelet ltk tabur ats air bg makann tuu lmbut..dn bru ambk dn bg pda ikan tuu...ikan laga akan trus luah klu makanan ssah ditelan...

      Padam
  12. salam... ikan saya static kat permukaan air n kekadang tu berengan terbalik.... nk wat mcm mana? risau

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'salam..tu sbb sakit...tkar air baru..ltak daun ketapang..bg kna chaya skit...

      Padam
  13. bl bc komen2 di ats nmpaknya ikan sy sakit ni..asyik dok permukaan atas air je n mcm berbuih2 plak air..cmne nk rawat ye..sedih la tgk bl dia xaktif..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tkar air baru..klu aderr garam aquarium bleh ltak skit...klu aderr daun ketapang ambil dlm shelai ltak dlm bkas ikan...bg kna chaya skit..bg die puasa dlm shari..bru bg mkan..

      Padam
  14. hye.. kalau ada buih pada permukaan air tu normal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuu normal..bila ikan laga buat buih tuu menunjukkan ikan tuu shat dn gmbira..

      Padam
  15. Asalammualaikum..... abang sye nak tanye sikit ni.... ikan lage saye jenis doubletail.. dia kerap naik ke permukaan air.. tapi saye dah letak daun ketapang dan rumpai air....mula2 saye pikir dia nak buat buih tapi langsung x buih.... tapi dia pandai turun bawah gak.... Harap Cepat Balas....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam...klu ikan nie nmpk aktif...dn byk brgerak...ikan nie shat...ikan laga takkan buat buih trus...ada keadaan trtentu ikan laga buat buih...klu ikan tuu byk diam...die x shat..mgkin sakit..

      Padam
  16. Maizura _Roslan6 Ogos 2013 7:37 PG

    ikan laga sy sllu xthn lama..nk2 lg kalau induk jantan..yg betina ok plk...sy xtau pe silapnya..sbb air sllu bersih.sy guna air telaga, sy jgk ad letak daun ketapang..yg sy perasan,ikan 2 sllu koyakkan ekor smpi hancur,kdg2 smpi habis..pas 2 xnk mkn n terus mati..bnyk kli da jd cam ni..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. cba gna air biasa tnpa klorin...air telaga bgus...mgkin air trlalu sjuk...bila air sjuk...ikan mdah trdedah kpada mna2 penyakit...

      Padam
  17. dimana bleh sye daptkan daun ketapan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. daun ketapang mdah dicari..pokok nie byk tumbuh di kwasan2 kampung ataupun tpi2 jlan...klu x derr...boleh cri kt mudah.my

      Padam
  18. zaid trickster28 Ogos 2013 8:56 PTG

    assalam..sya da cuba kenal kn ikan jntan n betina sperti yg disyorkn tp ikan jantan cm xbminat plak..dlu ada jgk dia buat buih tp last2 xmengawan jgak..da 4 kli da fail..T_T..ada cadangan pape x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'salam..cba dgn betine lain...mula dri awal smula..

      Padam
  19. Salam, Ikan saya bernama Ruppy dia adalah ikan pertama pernah saya membela.. Tapi saya telah membeli lagi 2 ekor ikan bernama Toto dan Momo.. Akuarium saya besar! Toto dan Momo jika dicampurkan ke dalam satu akuarium itu mereka tidak berlaga tetapi apabila saya meletak Ruppy ke dalam akuarium itu Ruppy berlaga dengan Toto dan Momo..Bolehkah saya meletak ruppy ke dalam akuarium itu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'salam....sbelum tuu kna knal pasi jntina..jntan x boleh diletak skali dgn mna2 ikan ataupun ikan betine...betine boleh ltak skali brsma betine lain..jntan mmg kna ltak asing..sbb ikan jntan akn brlaga dgn mna2 ikan yg die nmpk..

      Padam
  20. Kenapa bebek 57? Tolong dibalas

    BalasPadam
  21. Ikan laga sye ekor putus mcm mana nk sembuh kan ajar sye sikit

    BalasPadam
  22. Ikan laga saya lemah macam mana nak sembuh kan

    BalasPadam
  23. salam.bang bole pm sy?byk yg sy nk tny pasal ikan lga..pm sy plz..0126160926

    BalasPadam
  24. Asalam bang sya nk tnya mcm2 tentang ikan laga Abg blh pm sya dkt ws 0122180259 masih

    BalasPadam
  25. Brpa byk buih utk si jantan lakukan utk proses mnyimpan telur?

    BalasPadam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. salam...boleh ke masukan sekali daun ketapang,ubat anti fungus dan garam utk merawat ikan sakit

    BalasPadam

author
Iskandar saje
Seorang insan biasa tak seberapa , yang gila suka pada ikan laga. Saya tak keseorangan, anda pun sama!!