Langkau ke kandungan utama

KENALI KAWAN ANDA

KENALI IKAN PELAGA

TheAquariumguide
Ikan pelaga juga dikenali sebagai ikan sekilau adalah salah satu dari ikan hiasan air tawar yang popular di Malaysia. Ikan ini dikenali dengan nama sains, Beta splendens. Dalam Bahasa Inggeris, ikan ini disebut "siamese fighting fish" atau dikenali sebagai betta splendens. Ada banyak spesis ikan pelaga. Jenis tempatan tidak mempunyai sirip yang panjang. Jenis yang mempunyai sirip yang panjang berasal dari Sungai Mekong. Sebab itulah ikan ini dikenali sebagai “Sekilau Siam” atau “Siamese fighting fish’. 

Di sekitar Sungai Mekong ikan ini dikenali sebagai pla-kad atau pla-kat yang bermaksud ikan menggigit dalam Bahasa Siam. Jangan salah tanggapan bahawa nama saintifiknya berasal dari perkataan Yunani ‘Beta’. Sebenarnya Betta bukan berasal dari perkataan Yunani. Ia sebenarnya berasal dari perkataan ‘Ikan bettah’. Ikan pelaga mempunyai panjang kira-kira 6 cm. Ada juga jenis yang mencapai sehingga 8.0 cm. 

Akhir-akhir ini, ada juga pembiak yang berjaya menghasilkan ikan yang melebihi 8 cm. Walaupun ikan pelaga dikenali dengan warna yang pelbagai dengan sirip yang panjang, jenis asal mempunyai sirip yang pendek dengan warna yang kurang terang, iaitu kehijauan dan perang tua. Ikan pelaga dari jenis ini masih boleh ditemui dalam paya di sekitar Malaysia. Kini jenis yang lebih popular mempunyai warna yang terang dengan sirip yang panjang. Jenis yang popular ialah veiltail, delta, superdelta, dan halfmoon. Ikan pelaga adalah ahli kumpulan ikan sepat (Gourami) (keluarga Osphronemidae) dalam order Perciformes. Sebelum ini ia diklaskan bersama Anabantidae. Ada lebih dari 50 jenis betta yang lain, misalnya ikan Karim. Bagaimanapun, Betta splendens adalah jenis yang paling popular di kalangan penggemar ikan hiasan.

#kredit utk orang luar *terima kasih

Ulasan

  1. ikn ats wana bru tu jnis apa CANTIK smacam je kacukan ke

    BalasPadam
  2. Terima kaseh banyak2.....info kat sini memang banyak membantu....BLOG NI MEMANG TERBAEK!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..klu..maklumat nie membantu..k

      Padam
  3. anak ikan ni kalau dah umur 10hari, air dh bole tukar x? gune air paip dgn anti klorin boleh ke? anak2 diye x mati ke kalau kite alih? trima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. xperr2..dgn syarat buat elok2...jgn kasar errkk..Sama2

      Padam
  4. Bandar Judi Bola, Live Casino, Agen Poker & Live Game Terbaru dan Terpercaya di Asianbola77
    Gampang Daftar, Gampang Main dan Gampang Menangnya..

    1 USER ID UNTUK SEMUA PERMAINAN :
    - SPORTBOOK
    - LIVE CASINO
    - POKER
    - SLOT GAME
    - LIVE GAME

    Segera Bergabung Bersama Kami di Asianbola77
    Promo Menarik Dari Asianbola77
    - Minimal Deposit Rp 25.000
    - Minimal Withdraw Rp 50.000
    - BONUS NEW MEMBER SPORTBOOK 100%
    - BONUS DEPOSIT HAPPY HOUR 09:00 - 21:00 WIB
    - BONUS CASHBACK UP TO 15%
    - BONUS LIVECASINO UP TO 0,8%
    - BONUS ROLLINGAN POKER 0,3%
    - BONUS REFFERAL 2.5%
    Contact Us Now :
    ?? Wechat : Asianbola77
    ?? BBM : DC8820C7
    ?? Wa : +6281244043118
    ?? Line : Asianbola77
    ?? Link Pendaftaran : lc.chat/now/9325575/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara Penjagaan Ikan Laga Untuk Penternak Baru

Mukaddimah 
Habitat asal bagi ikan laga @ karem dulunya di sawah. Kawasan air yang cetek,luas,keruh dan terbuka. Antara tips untuk mengekalkan kesejahteraan ikan laga, adalah dengan mengekalkan habitat asalnya. Bukan sepenuh nya, tetapi dengan elemen-elemen yang seakan-seakan seperti penggunaan daun ketapang, tumbuhan hidup, pemanas air dan lain-lain. 

Habitat Semulajadi ?

#Kucing lahir terus hisap puting susu. Sapa ajarkan? haa, tu lh org pgil smulajadi.. erti kata lain fitrah.. tidak dilahirkan dengan ilmu, tapi dah tahu.. mcm ikan laga jgk, dia pn ada kehidupan semulajadinya sblum dibiak dengan suasana moden, dah wujud dalam darah tak boleh dipisahkan..



Sorry lari topik, terlajak.. ki3

1. PENYEDIAAN AKUARIUM

Okey pertama korang kena cari bekas/balang ataupun akuarium untuk ikan korang.

Untuk penyediaan balang, standard atau kebiasaan orang guna bersaiz 6x8 inci atau 4x8 inci macam gambar kat atas tu. Mitos orang cakap, ikan laga kena letak dalam bekas kecil, mangkuk hayun kecil. Takk, ika…

PENJAGAAN TELUR DAN ANAK IKAN

CARA PEMBIAKAN IKAN LAGA (Updated)

Ikan Laga atau dengan panggilan yang lebih glamor karem adalah ikan hiasan yang sangat terkenal dalam segelintir masyarakat Malaysia dan masyarakat Thailand. Selain dari kecantikan pelbagai jenis dan bentuk ekor, karem juga merupakan kumpulan yang menarik bila dibiak. Kaedah pembiakan ikan laga sangatlah mudah dan unik.
Cara Karem Membiak  Karem membiak dengan cara bertelur dan telurnya akan dikumpul di buih-buih sarang yang dihasilkan oleh si bapa ..
Keperluan untuk pembiakan adalah seperti berikut :
1.Dua balang atau bekas *wajib
2.Pasangan pelaga yang sihat. *wajib
3.Tanaman air yang hidup *harus
4.Cawan polistrin dibelah dua *Jika ada
5.Makanan untuk pasangan tersebut *wajib
6.Air tanpa klorin ataupun air tapis *wajib
7.Daun ketapang *jika ada
8.Bekas atau aquarium yang luas *wajib
9.Jaring kecil lembut *sunat
Cara pemilihan pasangan
·Pilihlah pasangan yang sihat dan matang *matured enough
·Jantan mempunyai ekor yang panjang dan sesetengah betina juga berekor panjang namun boleh dibeza dengan m…